Selasa, 11 Jun 2013

Dunia Yang Kejam @ Aku Yang Bodoh?

Alhamdulillah, aku panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan peluang dan kesempatan ini untuk aku menghirup udara hari ini dan menikmati Anugerah Allah.

Peluang ini merupakan cabaran yang perlu aku lalui sama sepertimana hari - hari sebelum ini.
Berperang dengan karenah manusia, 
Berperang untuk mencari kepuasan dalam apa yang kita lakukan seharian.
Berperang untuk mencari keredhaan ALLAH SWT itu yang lebih penting sekali.

Kehidupan ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Terlalu banyak yang perlu kita pelajari dan lalui.
Kekuatan diri itu amat - amat diperlukan dalam mengharungi semua ini.
Tanpa kekuatan, apa mungkin kita mampu untuk melepasi benteng atau halangan yang sedia menanti kita di hadapan.
Hanya mereka yang kuat akan mampu melepasi semua halangan itu.

Apa yang kita buat hari ini, adalah untuk mencari rezeki.
Rezeki yang kita dapat hari ini, bukan sahaja untuk diri sendiri
tetapi untuk anak isteri dan keluarga kita. Pasti, keberkatan itu perlu.
Dalam keberkatan, mencari juga kepuasan. Mungkin ada setengah orang susah, mungkin juga ada setengah orang mudah. 


sudah pasti, putaran kehidupan ini adalah bulat, umpama roda.
adakalanya kita akan berada di atas
adakalanya kita akan berada di bawah
tatkala kita diberikan peluang untuk menikmati keistimewaan di atas,
jangan lupakan orang yang berada dibawah.

Lontaran itu, aku terfikir.
Adakah dunia ini yang kejam @ Aku yang bodoh, bodoh dalam mencari pilihan.
Sebaik-baik jawapan adalah ALLAH.
Hanya ALLAH yang mengetahui setiap sesuatu.

Sekian.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...