Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2013

Kisah Rasulullah Dengan Anak Kecil Di Hari Raya

Suatu ketika di Hari Raya, Sewaktu Rasulullah hendak pergi ke masjid, Baginda mendapati seorang anak yang masih kecil sedang menangis di sebuah sudut jalan. Rasulullah yang sangat berhati lembut dan penyayang kemudian mendatangi anak kecil tersebut, lalu bertanya kepadanya : “Wahai anak, hari ini semua orang sedang bergembira dengan datangnya Hari Raya Idul Fitri, tetapi kamu terlihat menangis seorang diri disini, apa yang terjadi?”

Anak kecil itu menjawab: “Aku sedih, teman-temanku semua bergembira dengan ibu dan ayah mereka, mereka memakai baju baru dan perhiasan baru, sedangkan orang tuaku telah bercerai, ibuku menikah dengan orang lain, ayah tiriku tidak peduli denganku. Dan aku tidak mungkin dapat membeli baju baru.”

Rasulullah kemudian tersenyum haru, lantas memeluk anak kecil tersebut dengan penuh kasih, bagaikan anak Baginda sendiri. Setelah itu Rasulullah berkata padanya : “Wahai anak kecil yang dikasihi Allah, maukah jika engkau menjadi anakku, aku menjadi ayahmu, dan Aisyah menjadi ibumu?”.
Dengan terharu dan senyum yang tidak dapat terlukisakan, anak itu kemudian memeluk Rasulullah dengan erat, air matanya mengalir karena merasakan kebaikan dan kasih sayang Rasulullah kepada dirinya.
Rasulullah kemudian menggendong anak kecil itu dan membawa ke rumah, kemudian menyerahkannya kepada Sayidatina Aisyah untuk dimandikan. Maka beberapa saat kemudian, si anak kecil yang sebelumnya dekil, kotor, bau dan berantakan itu berubah menjadi bagaikan bidadari kecil yang harum dan cantik.
Begitulah kasih sayang Baginda Rasulullah SAW, sanggup mengasihi dan menghibur orang lain demi kebahagiannya. Baginda sangat sayang terutama kepada anak-anak yang masih belum ada dosa. Marilah kita berusaha meneladani akhlak Rasulullah yang sungguh agung, yaitu alah satunya dengan berkasih sayang sesama manusia.

kredit : Usaha Taqwa

Khamis, 20 Jun 2013

Sayangilah Anak Yatim...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Pagi ini, saya tergerak untuk berkongsikan dengan sidang pembaca tentang "Rumah Kebajikan". Rumah yang menempatkan insan - insan yang kurang bernasib baik. Apa yang menarik perhatian saya ialah, bagaimana rumah - rumah kebajikan ini beroperasi?

Sidang pembaca yang dihormati sekalian,

Bila kita mengunjungi rumah - rumah anak yatim. Hati kecil saya ini pasti tersentuh bila melihat raut wajah anak - anak kecil ini. Dalam usia yang kecil sudah diuji dengan kehilangan kasih sayang ibu dan ayah. Hilang tempat bergantung, hilang tempat untuk bermanja. Apa pun ini semua adalah ketentuan Allah SWT ke atas setiap hambanya.

Tatkala itu, saya merenung jauh. Memikirkan masa dengan rumah - rumah kebajikan ini.
Memikirkan penghuninya yang sentiasa menagihkan simpati orang ramai.


Bulan Ramadhan sudah semakin hampir, apatah lagi bulan Syawal.
Anak - anak kita pasti teruja dan gembira bila menjelangnya hari Raya kelak.
Tetapi anak - anak kecil yang mendiami rumah - rumah anak yatim hanya mampu mengharapkan belas kasihan orang ramai.

Lantaran itu, saya jemput anda untuk ke RUMAH ANAK YATIM  agar mudah bagi anda  menyampaikan sumbangan samada wang ringgit atau pakaian atau apa jua yang anda fikirkan sesuai. Semoga dengan ini, ianya dapat sedikit sebanyak memberikan kegembiraan kepada anak - anak yatim ini. Sesungguhnya Allah akan melipatgandakan lagi ganjaran untuk anda  di dunia mahu pun di akhirat.

Mungkin hari ini, hari mereka mana tahu esok lusa, anak - anak kita akan menerima nasib yang sama. Apa pun, kita hanya mampu merancang namun tuhan saja yang menentukan segala -segalanya.

Sekian, wassalam.

Teknik Promosi yang berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera;

Anda ada produk yang bagus,tapi produk anda tidak laku, kurang sambutan, anda tak tau mcm mana nk promosikan.

ya, kami ada jalan penyelesaiannya. macam mn nk letupkan produk anda, bagaimana sy jana RM5,100,000.00 setelah menggunakan teknik pemasaran ini.

Kami akan bantu anda
Untuk maklumat lanjut layari:

http://www.pemasaran-email.com/hop.php?ref=nuredza77
http://www.pemasaran-email.com/hop.php?ref=nuredza77
http://www.pemasaran-email.com/hop.php?ref=nuredza77

Rabu, 12 Jun 2013

Belajar Marketing Facebook Diluar Kotak Fikiran

Assalammualaikum

Tahukah anda,
Ramai dikalangan kita hari ini, mempunyai akaun Facebook (FB).
Berapa ramai yang menjadikan FB sebagai medium pemasaran perniagaan anda.

Kini, anda tidak perlu risau untuk membuat pemasaran perniagaan anda di dalam FB.
Murah dan cukup berkesan.
Anda belajar dan lakukan sendiri.
Dan anda mampu lihat keajaibannya.

Menarik tak?

Apa lagi

Klik LINK dibawah ini.

<<<>>>



Selasa, 11 Jun 2013

Dunia Yang Kejam @ Aku Yang Bodoh?

Alhamdulillah, aku panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberikan peluang dan kesempatan ini untuk aku menghirup udara hari ini dan menikmati Anugerah Allah.

Peluang ini merupakan cabaran yang perlu aku lalui sama sepertimana hari - hari sebelum ini.
Berperang dengan karenah manusia, 
Berperang untuk mencari kepuasan dalam apa yang kita lakukan seharian.
Berperang untuk mencari keredhaan ALLAH SWT itu yang lebih penting sekali.

Kehidupan ini bukanlah sesuatu yang mudah.
Terlalu banyak yang perlu kita pelajari dan lalui.
Kekuatan diri itu amat - amat diperlukan dalam mengharungi semua ini.
Tanpa kekuatan, apa mungkin kita mampu untuk melepasi benteng atau halangan yang sedia menanti kita di hadapan.
Hanya mereka yang kuat akan mampu melepasi semua halangan itu.

Apa yang kita buat hari ini, adalah untuk mencari rezeki.
Rezeki yang kita dapat hari ini, bukan sahaja untuk diri sendiri
tetapi untuk anak isteri dan keluarga kita. Pasti, keberkatan itu perlu.
Dalam keberkatan, mencari juga kepuasan. Mungkin ada setengah orang susah, mungkin juga ada setengah orang mudah. 


sudah pasti, putaran kehidupan ini adalah bulat, umpama roda.
adakalanya kita akan berada di atas
adakalanya kita akan berada di bawah
tatkala kita diberikan peluang untuk menikmati keistimewaan di atas,
jangan lupakan orang yang berada dibawah.

Lontaran itu, aku terfikir.
Adakah dunia ini yang kejam @ Aku yang bodoh, bodoh dalam mencari pilihan.
Sebaik-baik jawapan adalah ALLAH.
Hanya ALLAH yang mengetahui setiap sesuatu.

Sekian.



Selasa, 5 Mac 2013

AL FATIHAH buat perjuang negara yang terkorban

Marilah kita hadiahkan AL FATIHAH buat perjuang - perjuang negara yang gugur di medan pertempuran di Lahad Datu, dan Samporna, Sabah.

Moga roh mereka ditempatkan dikalangan orang - orang yang soleh.


Lama Sudah...

Lama sudah aku tidak menulis, apatah lagi mengunjungi blog aku nie.....
Entah kenapa hari ini, tergerak hati nak mengunjungi dan menulis sedikit coretan dalam blog ini....



Yang pastinya, sejak tidak menulis ini banyak perkara yang berlaku atas diri aku baik yang suka mahupun yang duka. Insya Allah, aku cuba untuk dikongsikan bersama dengan rakan2 sekalian....

Apa pun ini merupakan suatu mukadimah dalam sebuah bicara yang selama ini hilang...

Harap selepas ini, rakan2 ku dapat selalu mengunjungi blog aku...
Dengan penuh harapan agar, ianya akan terus berkekalan...
Blog ini akan kujadikan sebagai medan untuk berinformasi (informasi apa pun aku tak tahu lagi nie...)...
Aku cuba untuk memberikan yang terbaik buat rakan2 ku sekalian...

Ahad, 16 Oktober 2011

Lama telah ku tinggalkan...

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Telah lama aku tidak menjenguk blog aku....
Sepi dan kosong dengan luah rasa yang tidak sempat aku coretkan....
Mungkin juga aku sudah ketandusan idea untuk dicoretkan...
Mungkin juga, kerana semangat menulis ini hanya sekadar "hangat - hangat tahi ayam"..
Apa pun yang dikatakan...hanya aku & Allah SWT saja yang tahu kenapa dan mengapa...

Aku cuba untuk bersama rakan2 blog ku...mencoretkan luahan rasa..isu semasa..lontaran pandangan atau pun sebagainya...Apa pun nantinya...

Yang pasti...aku bukanlah seorang penulis yang baik..
Bukan penulis yang pandai bermain dengan kata - kata indah..
Kerana, apa yang aku tulis datangnya dari hati..yang aku jadikan sebagai coretan..

Oklah...nampak gayanya nie...aku dah mula nak mengarut...sebelumnya aku mula nak merepek meraban, ada baiknya aku...mengundurkan diri buat seketika...

de...9W2RSG Redza Zakaria

Selasa, 19 Julai 2011

Berita Harian Online | Mahkamah tolak tukar status jantina

Sebenarnya...kisah ini amat menyentuh hati aku..kisah atau senario masa kini amat membimbangkan..manusia masa kini sanggup melawan kejadian tuhan..

Entahlah...aku nak komen banyak2 pun..takut nanti terpalit ke muka sendiri..apa2 pun moga keturunan aku dijauhi daripada musibah seperti ini..

Bagi mereka yang terlepas membaca artikel yang berkaitannya...korang leh klik dan baca petikan yang dibawah ini..

Sekian....



Isnin, 18 Julai 2011

Menguji Kepantasan Anda Menaip..!!!


Ketika aku sedang melayari internet, tetiba aku terjumpa website yang menarik minat aku.."Menguji Kepantasan Anda Menaip"..!!! Apa lagi aku pun try lah mengujinya...ternyata ianya bagus untuk kita tahu sejauh mana kepantasan kita menaip..ada juga diantara kita yang menganggap diri mereka "Raja Menaip"..sebabnya mampu menaip dengan pantas..bila ditanya, berapa patah perkataan dalam seminit..? pastinya jawapan yang selalu kita dengar.."Tidak Tahu"..


Oleh itu, website ini akan memberitahu anda..berapa patah perkataan yang mampu anda lakukan dalam seminit..Marilah kita uji bersama...


47 perkataan
http://malaysian-speedtest.10-fast-fingers.com/

Ahad, 17 Julai 2011

Tahniah Team Bola Sepak Malaysia..!

Semalam berlangsung perlawanan persahabatan bola sepak di antara pasukan Malaysia menentang pasukan ulung, Liverpool. Apa2 pun aku ingin sekali mengucapkan syabas dan tahniah atas semangat juang tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan Malaysia. Walaupun kalah 6-3, tetapi kekalahan itu bukannya bermakna pasukan Malaysia kalah segala2nya..


Mengikut pada amatan aku semalam, yang hanya menonton perlawanan tersebut hanya seketika mendapati, pasukan Malaysia kini mampu menunjukkan semangat juang yang tinggi..Untuk meletakkan harapan yang tinggi, amat mustahil utk Malaysia menang..tetapi perkara yang mustahil itu tak mungkin akan memihak kepada Malaysia.

Mungkin sebelum ini pasukan Malaysia melawan Arsenal, kalah 4-0 telah menjadikan pasukan Malaysia lebih matang untuk menyusun strategik. Pada aku, mereka kalah dengan cara yang bermaruah, berjuang hingga ke titisan minit yang terakhir..

Ada juga rakan2 aku yang berkata, "pasukan lawan tak keluarkan 100% kesungguhan mereka semasa berlawan"..jika aku halusi, mungkin ada kebenarannya juga.. Betul..!!! aku bukannya penggemar sukan ini tetapi, setidak2nya...aku masih ada rasa bangga dengan kesungguhan pasukan Malaysia..

Apa2 pun, selamat berjuang..Pasukan Bola Sepak Malaysia..untuk mengharumkan nama negara ke persada antarabangsa..walaupun engkau kalah, kekalahan itu tidak bermakna Malaysia kalah...kerana kita menang atas semangat juang yang telah ditunjukkan...

Sekian, wassalam

Khamis, 14 Julai 2011

Lagi, Penghinaan Kepada Raja & Negara...!!!

Baru - baru ini aku terkejut bila terbaca didada akhbar, tentang penghinaan seorang pelajar IPTA terhadap Raja & Negara.. Bila membaca beberapa artikel blog, mendakwa bahawa individu tersebut bukan lah orang yang sebenar.. Entahlah, sejauh mana kesahihan kisah ini.. Apa2 pun, bila aku mendengar kisah ini..aku rasa sungguh kecewa..kecewa melihat anak bangsa yang langsung tidak mempunyai semangat patriotik kepada negara dan tergamak menghina negaranya sendiri.


Anak muda yang masih menuntut, yang masih mentah mengenal erti sebuah kehidupan apatah lagi menghargai perit jerih pejuang kemerdekaan dulu, yang sanggup menggadai nyawa untuk mempertahankan tanah air daripada penjajah.

Apa pun, pesan aku kepada anak bangsa...kenali lah dunia, kenali lah kehidupan nyata..kerana hidup kita umpama putaran roda. Mungkin kini kita berada di atas, dan bila kita berada di atas, kerana menjadi lupa diri..usahlah kita lupa diri, pandang lah mereka yang berada dibawah. kerana tidak mustahil suatu hari nanti kita juga akan berada dibawah seperti mereka. Dan jika pelajar terlibat mendakwa, ianya suatu fitnah, buat lah tindakan yang sewajarnya untuk menuntut keadilan.

Kepada pihak berkuasa, kesan lah individu yang terlibat dalam penghinaan ini..Ambil lah tindakan tegas terhadap mereka..pastinya, majoriti rakyat Malaysia tidak rela lagi ada penghinaan seperti ini.

Justeru itu, sama2 lah kita renungi bersama atas apa yang berlaku...

Sekian, wassalam

Selasa, 12 Julai 2011

“Perjuangan Yang Belum Selesai”


Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayat hati
Dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
Sejarah silam tiada maknanya
Sekiranya bangsa tercinta terpinggir
Dipersenda dan dilupakan



Bukan kecil langkah wira bangsa
Para pejuang kemerdekaan
Bagi menegakkan kemuliaan
Dan darjat bangsa
Selangkah bererti mara
Mengharung sejuta dugaan
Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita


Tugas kita bukan kecil
Kerana mengisi kemerdekaan
Rupanya lebih sukar dari bermandi
Keringat dan darah menuntutnya
Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
Kalau bangsaku asyik mengia
Dan menidakkan,
Mengangguk dan membenarkan,
Kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri


Bukan kecil tugas kita
Meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
Kerana rupanya selain memerdekakan,
Mengisi kemerdekaan jauh lebih sengsara


Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah mereka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuwan terbilang?
Bukankah bangsaku pernah mengharung
Samudera menjajah dunia yang tak dikenal
Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?



Tugas kita belum selesai rupanya
Bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati
Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
Bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya
Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa


Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya.


Tun Dr. Mahathir Mohamad (Malam Puisi Utusan, 4 Mei 1996)


Isnin, 11 Julai 2011

21 - 23 Julai 2011, Outstation lagi..!!!

Baru seketika tadi, aku menerima email daripada pihak Pengurusan Sumber Manusia (PSM), yang mane pada 21 - 23 Julai 2011 akan diadakan Bengkel Pengurusan Cuti di Felda Residence, Kuala Terengganu.

Felda Residence, Kuala Terengganu...

Alamak...bermodal lagi aku nak outstation...pastu minggu depan nak ke Shah Alam pulak... Apa2 pun anak bini kena bawak..bawak berjalan..xapalah diaorg gi jalan, aku duk berbengkel..xgitu..

Apa2 pun, tadah aje lah hujung minggu depan....

Sekian, wassalam..

Outstation lagi aku...!!!

Semalam 10 Julai 2011, aku menerima sepucuk surat arahan untuk aku menghadiri satu Konvensyen Pengetua Kolej Kediaman Institut Pengajian Tinggi dan Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011. 

maaf lah gambar nya begini...hehehe

Mengikut catatan surat berkenaan, ianya akan diadakan pada 27 - 29 Julai 2011 di Hotel Quality Shah Alam. Rasa macam malas nak gi, tapi dah arahan nak buat macamane...tetapi yang pasti aku nak gi dengan kenderaan sendiri..tak nak aku naik kenderaan rasmi..bukannya nak berlagak..dengan senario sekarang ini, buat apa aku nak membahayakan nyawa aku sendiri..Kenapa aku kata begitu..? sebabnya percaturan kerja pemandu di tempat aku sekarang nie..boleh lah aku katakan gile...semua pemandu tak mendapat rehat secukupnya..

Tak apalah kalau aku gi dengan kenderaan sendiri, walaupun aku tahu akhirnya, bukan boleh aku claim pun..daripada aku membahayakan nyawa aku sendiri...

Oklah lah kawan2 pembaca...sampai jumpa lagi...aku mohon beredar dulu...terima kasih kerana sudi singgah di blog aku yang tidak seberapanya ini...

Sekian, wassalam...

Fenomena Memberbahayakan Diri..!!!

Tergerak aku nak mencoretkan sesuatu tentang fenomena yang melanda negara iaitu "FIXIE BIKE".. Sejak hebohnya di media masa mengenai, kegilaan segelindir masyarakat kita mengayuh basikal. Sejak itu juga, "FIXIE BIKE" mula dikenali dan diminati.

Tidak dinafikan, hobi ini merupakan suatu hobi yang baik pada penggemarnya. Tetapi, apa yang mendukacitakan aku ialah, kebanyakan mereka yang menceburi hobi ini langsung tidak mengamalkan aspek keselamatan. Penunggangnya langsung tidak memakai topi keledar, membawa basikal mereka hingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain, bila waktu malam langsung tidak ada bantuan cahaya.

gambar hiasan....

Walau betapa kita ini terlalu menggilai sesuatu hobi, aspek keselamatan tidak wajar diabaikan. Adalah lebih baik, sebelum menunggang, aspek keselamatan perlu diutamakan, mengayuh biarlah secara yang berhemah & tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain. 

Ada juga rakan2 aku yang bercerita, ada sekali mereka ini ditegur..mereka ini menunjukkan lagak samseng & tidak langsung menerima teguran pengguna lain dengan secara waras. Teguran yang diberikan bukan untuk sesiapa pun..melainkan untuk diri mereka juga..kalau berlaku kemalangan, bukan orang lain pun yang akan merasa susah, tentu diri sendiri & keluarga.

Apa2 pun, nasihat aku kepada mereka yang sedang menggilai hobi "FIXIE BIKE"...Sediakan diri dengan aspek keselamatan sebelum memulakan kayuhan..Menunggang biarlah secara berhemah...Utamakan keselamatan itu adalah lebih baik.Dan lagi, pakai lah pakaian yang sesuai untuk mengayuh...terutamanya, penunggang wanita lah...kalau nak mengayuh tapi terdedah sana terdedah sini..apa lah gunanya...

Sama2lah kita renungi, muhasabah diri & memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

Sekian, wassalam......

Ahad, 10 Julai 2011

Wad 2S HUSM...!!!

Semalam tanggal 9 Julai 2011, tarikh dimana anak aku "Nursyazwani" perlu dimasukkan wad disebabkan kes dental. Kalau ikutkan yang tertera pada kad kesihatan, anak aku perlu mendaftar jam 8 pagi. Tapi macam biasa lah, disebabkan tak nak begitu kalau di awal - awal pagi, aku dah minta untuk masuk lewat dan paling lewat anak aku perlu mendaftar jam 10 pg. Tetapi semalam, anak aku mendaftar jam 9.10 pagi di kaunter pendaftaran Jabatan Kecemasan dan Kemalangan, Hospital USM (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan....


kenangan di Wad 2S HUSM...
 Setelah urusan pendaftaran selesai, aku pun diarah untuk terus ke Wad 2S. Alhamdulillah, layanan baik yang diterima daripada jururawat disana..Bila dah dapat katil, mula lah babak kami anak beranak berpicnic di Wad 2S HUSM.

Tak lama selepas itu, doktor pakar yang merawat anak aku pun datang bertanyakan khabar..Teruja aku dengan kelembutan doktor pakar itu..memang lah doktor tu perempuan..tetapi cara yang cukup berhemah membuatkan hati aku rasa puas dengan layanan yang diberikan.


si adik pun nak jugak ambik gambar di Wad 2S...
Sikap ini lah yang harus ditunjukkan oleh setiap jururawat mahupun doktor atau sesiapa sahaja yang berhadapan dengan pelanggan, apatah lagi, doktor & jururawat sentiasa berhadapan dengan pesakit yang pelbagai ragam.

Bila time tengahari, anak aku kena ambik darah..kisahnya, anak aku nie, walaupun tubuh aje besar, tapi hati kecil..mulanya nk duk atas katil wad tu pun berlinang air mata..apatah lagi nak ambik darah..Rancangannya, petang tu aku nak balik kejap...sebabnya sepetang aku dah puas menunggu doktor pakar bius..lebih kurang pukul 545 petang, doktor pakar bius datang nak check anak aku, nak sign lah konon borang - borang mane yang perlu..Bile turn anak aku, anak aku bile menjelang petang batuk dia makin kuat sikit..Ianya dikesan oleh doktor pakar bius..


jemput makan...sedap juga makanan kat sepital tau...!!!
Doktor pakar bius mencadangkan agar pembedahan untuk anak aku ditangguhkan..alasannya, bila pembedahan diteruskan juga,kesan daripada batuk itu kemungkinan besar akan memberikan komplikasi kepada paru - paru. Dah doktor kata gitu, apa lagi aku pun tak pikir panjang..kena bersetuju dengan saranan pihak doktor..nak paksa - paksa dia buat pun tak boleh, apa jadi kat anak aku..tak ada maknanya..Bak kata orang mencegah itu lebih baik dari mengubati.

Hampir pukul 8 malam, beredarlah kami anak beranak dari Wad 2S HUSM...

Kini, tengah tunggu pengesahan dari pihak Klinik Dental berkaitan tarikh baru pembedahan anak aku..
Itu lah cerita aku, kisah berpicnic dihujung minggu di Wad 2S, HUSM...

Sekian....jumpa lagi...

BERSIH...!!!

Semalam tanggal 9 Julai 2011, negara berhadapan dengan sikap segelintir manusia yang ghairah untuk merosakan keharmonian negara yang tercinta. Walaupun semalam aku seharian berada di wad hospital menemani anak kesayang di sana, tetapi aku sempat juga mengikuti perkembangan terkini akan apa yang berlaku di Ibu Kota Kuala Lumpur.

adakah ini cara kita? budaya kita?

Rata - rata, apa yag berlaku semalam sememangnya bukan sahaja telah menyusahkan ramai pihak tetapi, memberikan imej negatif negara kepada pandangan luar. Sedih dan kecewa yang terbuku dalam hati aku sukar untuk digambarkan dengan kata - kata. Majoriti yang menghadiri "Perhimpunan Haram" ini adalah bangsa aku sendiri, iaitu bangsa melayu. Menjadikan masjid sebagai tempat untuk mereka menyemarakkan lagi suasana. Persoalannya, kenapa tidak di kuil, tokong atau gereja? Sedangkan yang menjadi dalang kuat kepada perhimpunan ini adalah Ambiga..

Katanya menegakkan Islam, adakah ini ajaran Islam yang diperjuangkan?

Aku terpikir, dimana kebijaksanaan kita, kewarasan kita dalam melakukan sesuatu tindakan? Adakah tindakan yang berlaku semalam itu, suatu tindakan yang bijaksana? Tindakan yang harus kita semua kagumi? Jika itu lah soalan yang diajukan kepada aku, sudah pastinya jawapan aku adalah "TIDAK".

Sebenarnya, setelah sekian lama aku memerhatikan suasana politik kita masa kini. Semakin lama, semakin ramai orang yang tidak sabar untuk menduduki kerusi empuk di singgahsana pentadbiran kerajaan masa kini. Pelabagai tektik kotor digunakan dalam usaha meraih sokongan rakyat. Pada aku lah, golongan yang menyokong cara ini adalah golongan yang tidak cerdik, walau pun aku tahu ada diantara mereka yang mempunyai pelajaran tinggi hingga menara gading. tapi sayang...masa yang lama diambil untuk memperolehi sejulung anugerah dalam akademik, dipersia -siakan. Kenapa kita tidak ada rasa keinginan, berebut - rebut untuk memajukan negara, memajukan anak bangsa sendiri dari tampok kehidupan kini kepada suatu yang lebih baik.

Bila ditangkap,minta bantuan untuk sedara mara gi jamin.tidak itu menyusahkan orang??
Sedih yang tidak terhingga apabila, agama Islam dijadikan asas perjuangan. Adakah yang tergila - gila dalam perhimpunan semalam, jelas tentang misi dan objektif perhimpunan itu diadakan? Datuk Ambiga telah pun mengadap DYMM Sultan Mizan, tetapi kenapa beliau tidak mempersembahkan "memorendom" kepada  Ke Bahwah Duli? Terus terang aku katakan, apabila aku perhatikan setiap maklumat yang ada, aku pun membuat analisis.. ada sesuatu yang tidak kena.. Jika Titah Agong, Sultan Selangor dan Sultan Johor tidak dihormati. Adakah barisan pemimpin ini yang harus dijadikan contoh terbaik..? Pada aku tidak..tidak sama sekali..aku tidak akan menjadikan pemimpin biadab terus bermaharajalela... Kerana apa, kerana mereka ini biadab..sombong dan angkuh.. Mereka ini ada diantaranya pengamal undang - undang, tetapi mereka ini juga yang merosakan institusi perundangan negara.. Tidak mustahil apabila mereka ini memerintah, perlembagaan negara akan dibuat sesuka hati mereka. oooo tidak...tidak akan aku relakan ianya berlaku..

Sepatutnya, dalam kita berada dalam kelompok negara yang pelbagai bangsa seharusnya kita perlu memberikan contoh terbaik kepada masyarakat dunia bahawa kita mampu terus bangun bersatu padu walaupun hidup dalam kepelbagaian bangsa dan eknik.

Dari dulu hingga kini, pembangkang tidak habis - habis mencari salah orang lain. Pada aku salah ke kalau pihak pembangkang turut sama dalam usaha untuk meningkatkan ekonomi negara. Walaupun tidak menjadi pemerintah pada aku, pembangkang masih boleh lakukan yang terbaik untuk rakyat. Bagi pembangkang yang memerintah kerajaan negeri, tunjukkan keperihatinan anda kepada rakyat. Kotakan apa yang dijanjikan waktu pilihanraya. Kini, bukan isu - isu bodoh yang sering dicanang - canangkan mampu menawan hati rakyat tetapi, sikap wakil rakyat itu sendiri adalah cermin terbaik kepada sesuatu parti politik.

Apa pun, aku merayu kepada bangsa melayu, rakyat Malaysia..yang sebangsa, seagama dengan aku.. Fikir - fikirkanlah.. Usah kita menjadi negara - negara lain..yang kini berperang, pihak lain campur tangan dalam pergolakan..Sedarlah apabila ada pihak lain yang cuba campur tangan, pihak itu bukan ingin membantu menyelesaikan pergolakan antara dua pihak tetapi, umpama mencurahkan minyak tanah dalam semarak api yang sedang menyala.


Renungi dalam - dalam dengan hati yang tenang.. Renungi, fikir dan analisis dengan akal fikiran yang bijak..Ayuh kita semarakan api 1 Malaysia dan sayang pada negara...

Sekian, wassalam.

Khamis, 7 Julai 2011

Kena Kencing ....

Kena Kencing.....



Itu lah yang aku rasakan sekarang.."kena kencing" hidup2 oleh seorang mamat bank. Kisah ini bermula hujung bulan lepas, hasil daripada keputusan aku ke Kuala Lumpur (KL) tempohari membuahkan hasil juga. Akhirnya aku mengambil keputusan, bersetuju mengambil kereta itu.

Setelah rundingan demi rundingan dilakukan...kata sepakat telah dicapai..Akhirnya aku menyiapkan dokumen yang dikehendaki dan aku pun fax lah kat "tauke" yang selalu berurusan dengan rakan baik aku ini. Dijanjikan loan aku akan settle dalam tempoh 3 hari sahaja. Perrgghhhh!!!! melompat sampai kelangit lah aku dibuatnya..tanda suka & gembira...bebas memikirkan ragam kereta aku sekarang...biasalah, kereta nie sebenarnya ada hati dan perasaan, pantang bila kata nak jual..mula lah..itu ini yang tak kena...jadi bile aku dah abis banyak nie...aku pun nekad untuk cari pengganti yang ada sekarang...

Ok..berbalik kepada citer aku tadi...tunggu pun tunggu..bank tak telefon juga aku..aku pun apa lagi, kerana tak sabar punya pasai..aku pun follow up dengan "tauke" kereta tu...aku pun minta lah no telefon bank..so, si "tauke" ini pun bagi lah no. telefon dengan contact person sekali...

Bila aku call tu, tanya status..baru lah dia tanya detail diri aku...semuanya telah aku jawap dengan rasa confident..bukan susah sangat pun yg ditanyanya...pastu aku tanya lah kat "budak bank" nie.."bila loan saya leh settle, agreement leh saya sign..bla..bla..bla..?" dia pun jawap.."xleh nak janji lah En...maklumlah sistem bank nie hujung & awal bulan mmg slow..tp saya cuba settlekan paling lambat pun hari Khamis minggu depan"..perrgghh lama tu nk tgu hari Khamis minggu depan (hari nie lah tu)...

Saban dari aku telefon aku follow up status aku...yang aku pelik, dia langsung tak call aku, aku yang acap kali call dia...mulanya, aku dah mulai syak "budak bank" nie...

Tapi bile tengahari semalam, dia kata dokumen dah pos ke Kelantan, bila aku tanya detail, dia xleh nk jawap, last2 dia kata "saya akan call En semula..." Lepas opis semalam aku pun beli lah tiket bas nak KL untuk kawan aku sorang nie..dia nie yang akan bawak balik kereta aku dr KL ke Kelantan..Bila tiket aku dah beli, aku sms dia..."tiket bas ke kl aku dh beli, duduk depan, belah atas"..tapi......

Bila aku sampai kat umah, dia call aku..suara dia mmg lain...mcm suara "singa betina nak beranak"..hahahaha..bile dia sampai umah aku pun, muke dia lain mcm pun...citer pun citer..aku pun call "tauke" kereta..minta dia lak follow up lah...penat aku nk follow up...punya lah lama aku tunggu dia return call balik...adalah 20 minit..pastu "tauke" tu pun tepon aku.."tauke" tu kata.."budak bank" tu dah kencing kita semua..aku nye loan tak tau kemana arah.tiap kali tanya nk itu lah ini lah..selama nie aku call, dia kencing aku hidup2...

Mau x angin...aku dengan member aku..memang tengah angin dengan "budak bank" tu...

Apa yang aku tahu..minggu depan aku nk ke KL, yang pastinya aku nk sekolah kan "budak bank" tu.. nk keja buat lah keja elok2..jgn nk menyusahkan orang...isshhhh...mcmane lah pengurusan bank tersebut leh ambik orang sengal kerja..

So..itulah citer aku & member aku kenaaa...kencing...

Oklah...jumpa lagi...

Ahad, 26 Jun 2011

Syukur Alhamdulillah....!!!

Tidak ada ungkapan yang lebih baik untuk aku luahkan melainkan "Syukur Alhamdulillah" kepada Allah SWT. Tanpa aku duga atas perit jerih aku mencari sesuatu yang terbaik dari yang terbaik, akhirnya berhasil. Walaupun ianya kini masih belum menjadi milik aku lagi tetapi sekurang - kurangnya, sahabat aku "Kamarul" telah memberikan perkhabaran gembira sebentar tadi.

Sukar untuk aku ungkapkan dengan perbuatan tetapi apa yang aku rasakan kini, ketenangan. Hati aku melonjak kegembiraan yang tidak terhingga. Apa pun kegembiraan ini atas tanda syukur kepada penciptanya.

Kini, hanya tinggal 1 aje lagi perkara yang perlu aku lepaskan. Aku berharap, berdoa dan bertawakal, semoga usaha aku ini akan membuahkan hasil yang baik sepertimana perkhabaran gembira aku hari ini.


Syukur Alhamdulillah.....Terima Kasih Ya Allah!!!
Syukur Alhamdulillah.....Terima Kasih Ya Allah!!!
Syukur Alhamdulillah.....Terima Kasih Ya Allah!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...