Memaparkan catatan dengan label HAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAM. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Julai 2013

Perubahan Frequacy 9M4RNK

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Berikut ini adalah perubahan frekuansi bagi 9M4RNK, Kuala Krai, Kelantan dibawah naungan AKRAB

147.350
+600
Tone 67.0

Semoga ianya memberi manafaat kenapa semua.

De 9W2RSG

Isnin, 24 Jun 2013

Perubahan Freq : 9M4RPT - Jeli Kelantan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Perubahan no. Freq untuk 9M4RPT di Jeli, Kelantan adalah sepertimana berikut :-

No. Freq : 147.150
Offset : +0.600
Tone : 67.0

Sekian, terima kasih

Ahad, 23 Jun 2013

Mengesan Perubahan Freq Repeater

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Disini saya ingin minta bantuan rakan2 Radio Amatur di seluruh negara, untuk berkongsikan kepada saya senarai Freq Repeater yang telah berlaku perubahan.

Ini bertujuan, bagi membolehkan saya mengemaskini senarai Freq Repeater sebagai rujukan rakan2 kita juga.

Justeru itu, saya dengan rasa dengan diri ingin perkongsian daripada rakan2 sekalian.


Maklumat perlu disampaikan melalui format berikut :-

Callsign Repeater :
Lokasi :
No. Freq Baru :
Tone :
Offset :

Sekian, terima kasih

Ahad, 1 Julai 2012

Informasi Kematian : 9W2PGH @ MOHD RIEDUAN BIN ADNAN @ Boy Kulim

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

Adalah dengan ini diwar2kan bahawa rakan HAM kita 9W2PGH @ MOHD RIEDUAN BIN ADNAN @ Boy Kulim telah kembali ke rahmatullah pada 22 Jun 2012 jam 1345 di Hospital Kulim akibat jangkitan kuman pada paru - paru. Dan jenazah selamat dikebumikan pada jam 1925 di Kem PGA Kulim.



Saya mendoakan agar roh beliau ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman dan dicucuri rahmat.

Marilah kita sama - sama sedekah, AL FATIHAH untuk arwah.

 

Sekian, terima kasih.

de 9W2RSG

Informasi : Perkhidmatan Radio Sesalur (Trunk Radio) Dalam Jalur 800MHz


Keratan Akhbar........

de 9W2RSG

Informasi : Mesyuarat AJK MARL kali 1/2012

Mesyuarat AJK MARL kali 1/2012 akan diadakan pada 8hb Julai 2012, hari Ahad, jam 11.00 pagi, di Rumah Kelab Mares, 4A, Jalan Tinggi (6/12), Seksyen 6, 46000 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. 
GPS Location: N3° 05? 40.9? E101° 38? 57.3? (WGS84). 
Kehadiran semua AJK adalah di alu2kan.
Info dari : 9W2HOZ
Sekian, terima kasih
 de 9W2RSG

Rabu, 27 Jun 2012

Senarai Pengulang Seluruh Malaysia : update 27 Jun 2012

Assalammualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia

Berikut ini adalah dilampirkan Senarai Pengulang Seluruh Malaysia yang dikemaskini pada 27 Jun 2012 untuk perhatian rakan - rakan pengendali Radio Amatur.


Sekian, terima kasih.

de 9W2RSG

Database Rakan HAM

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia...

Lama sungguh aku tidak memblogkan diri...
Terabai blog aku ini tanpa cerita - cerita...

Apa pun, aku mulakan blog aku hari ini  dengan memaparkan link berikut untuk diisi oleh rakan2 HAM sekalian...


Harap ianya mendapat mendapat kerjasama daripada rakan2.

Sekian, terima kasih & Wassalam.

de 9W2RSG

Ahad, 23 Oktober 2011

Senarai Rakan Pengendali Radio Amatur

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Berikut ini adalah Senarai Rakan Pengendali Radio Amatur sebagai rujukan rakan2 sekalian...

Sehubungan itu, saya mohon kerjasama rakan2, update maklumat yang kosong..Ianya bagi memudahkan pelbagai pihak nantinya...

SENARAI REKOD RAKAN - RAKAN RADIO AMATUR SELURUH MALAYSIA





SILA KLIK PADA GAMBAR UNTUK LIHAT SENARAI YANG LEBIH JELAS

Sekian, terima kasih

de 9W2RSG Redza Zakaria

Jumaat, 21 Oktober 2011

Stiker Callsign Baru...

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Disini dan hari ini aku paparkan "Stiker Callsign Baru"  yang bakal dilekatkan di kenderaan ku...

Kalau ada rakan2 yang berminat dengan stiker ini boleh menghubungi saya...

de 9W2RSG Redza Zakaria

Selasa, 18 Oktober 2011

Kenapa Ia Berlaku..???

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia....

Disini, saya ingin berkongsi permasalahan yang berlaku ke atas peralatan radio komunikasi saya..
Pabila peralatan ini dipindahkan ke kenderaan baru saya, iaitu, Proton Perdana...saya tidak boleh memancar..

Oleh itu..saya sediakan video yang berkaitan untuk perkongsian idea dan ilmu. Semoga dengan apa yang berlaku ini dapat dijadikan proses pembelajaran kepada kita semua...

video


de...9W2RSG Redza Zakaria

Ahad, 16 Oktober 2011

Update : Senarai Freq Repeater 26-08-2011

Berikut adalah senarai repeater terkini sehingga 26 Ogos 2011 yang berlaku perubahan.. Dimana rakan - rakan HAM menyemak kembali senarai tersebut.


de...9W2RSG Redza Zakaria

Akhirnya...Ada Dipaparan MCMC

Berkat usaha....2 kali ambil exam RAE...akhirnya..berjaya juga aku untuk mendapatkannya...
Terima kasih kepada rakan - rakan yang banyak memberikan sokongan moral..
Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya...

de...9W2RSG Redza Zakaria

Sabtu, 17 September 2011

Cerita : 9W2 RSG...milik aku!!!


Lama sungguh aku tidak menjenguk ke dalam blog aku ini...Tetapi hari ini aku menjenguknya dengan mukadimah ini...Rasa syukur tidak terhingga kerana penantian selama hampir setahun ini untuk mendapatkan AA dalam dunia radio amatur, akhirnya berjaya juga.. Callsign yang selama ini menjadi pengenalan diriku, akhirnya telah menjadi milik aku...

Apa - apa pun, aku ini mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga terutamanya kepada 9W2 KEY dan 9M2 YGC (dulunya 9W2 YGC) kerana  mereka ini lah yang telah mencurahkan ilmu sewaktu aku mengikuti kelas di bawah kelab ARKB. Tidak ketinggalan juga buat 9W2 YON, 9W2 ZWB, 9W2 AWQ dan rakan - rakan lain yang telah banyak memberikan sokongan moral kepada aku selama ini. Melangkah setapak menceburi dunia radio amatur, diperingkat awal aku diselubungi dengan pelbagai halangan dan rintangan..Namun akhirnya, semangat aku mula bangkit dengan kata - kata semangat rakan - rakan yang memahami aku selama ini.

Hanya ucapan terima kasih yang tidak terhingga yang mampu aku balas jasa baik kalian...

Akhir kata, sebelum berpisah dan bertemu dalam siri lain...Terima kasih atas sokongan anda semua kepada blog ini..Bagi rakan HAM....jumpa kalian di jaluran dengan pengenalan diri 9W2 RSG....sekian, wassalam....

Selasa, 12 Julai 2011

Radio amatur komunikasi luar jangka

Masihkah anda ingat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa beberapa tahun dahulu?

Seorang pengguna radio amatur perlu memiliki kemahiran dalam menuturkan 'bahasa' radio.
Kejadian tersebut bukan sahaja menyebabkan penduduknya terperangkap akibat jalan utama ditimbus tanah malah turut meragut nyawa beberapa penduduk di situ.

Seluruh negara gempar, petugas keselamatan dan perubatan terpaksa diatur gerak untuk membantu mereka yang terperangkap.

Namun, tahukah anda pengurusan bencana alam, kecemasan serta kemalangan sedemikian tidak akan berjalan lancar tanpa adanya sistem perhubungan (komunikasi) yang berkesan.

Dalam keadaan begitu, sistem perhubungan biasa seperti telefon bimbit, komunikasi wayarles tidak akan berfungsi dengan baik akibat kesesakan trafik.

Fenomena kesesakan talian perhubungan ini biasa kita hadapi ketika tahun baru mahu pun mana-mana sambutan perayaan.

Justeru apabila negara berada dalam kecemasan, bencana alam, sistem komunikasi berasaskan radio memainkan peranannya.

Menurut Presiden Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES), Abdul Aziz Mohd. Nor, ketika berlakunya bencana alam penggunaan talian komunikasi biasa akan tergendala.
"Banyak faktor yang menyebabkan talian komunikasi biasa ini tergendala, antaranya kerosakan menara pencawang atau stesen komunikasi terputus bekalan kuasa.
"Namun, gangguan tersebut tidak terjadi jika menggunakan set komunikasi radio amatur," ujarnya ketika ditemui di Rumah Kelab MARES di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Justeru, kelebihan berkomunikasi melalui radio amatur ini digunakan sepenuhnya ketika berlakunya kecemasan seperti bencana alam, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa pesawat terhempas.
Menyorot kembali sejarah penggunaan radio amatur ia bermula pada tahun 1912, Kongres Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di negara berkenaan.
Bermula 1914, pengguna radio amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka.

Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersial.
Justeru, bagaimana komunikasi radio ini memainkan peranannya ketika bencana alam?
Menurut Abdul Aziz, ketika berlakunya bencana alam, kecemasan atau operasi mencari dan menyelamat dilakukan, sistem komunikasi radio ini akan dipasang berdekatan kawasan tersebut.
"Kita ada beberapa pasukan khas yang akan bertugas untuk memasang peralatan komunikasi ringkas.
"Tugas kumpulan ini adalah menyediakan informasi dan bantuan komunikasi kepada pihak keselamatan, perubatan dan pihak yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat," katanya.
Hal demikian kerana setiap pasukan tersebut memiliki frekuensi radio tertentu yang boleh atau biasa mereka gunakan.

Oleh itu, perhubungan secara terus antara pasukan yang berlainan (contoh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan perubatan) agak terhad berikutan peralatan serta frekuensi yang digunakan tidak sama.
Justeru, MARES merupakan orang tengah yang menghubungkan pesanan komunikasi tersebut.
"Sebagai contoh, kejadian runtuhan Highlands Tower pada tahun 1993, pihak kami telah menyediakan dua pusat komunikasi iaitu di tapak runtuhan dan di Hospital Kuala Lumpur.
"Ia bertujuan untuk memudahkan pasukan perubatan di tapak runtuhan untuk memohon sesuatu bantuan secara terus kepada pihak hospital," jelasnya.
Justeru apa sahaja yang diperlukan oleh pasukan perubatan di tapak runtuhan dapat dihantar segera oleh pihak hospital.

Malah, menurut Abdul Aziz, pada tahun 1999 mereka telah diminta membantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Negeri Sembilan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat Cessna.
"Pihak kami dipanggil untuk menyediakan bantuan komunikasi antarac JPAM, Polis, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di hutan Mantin, Negeri Sembilan," ujarnya.
Ketika kejadian, semua komunikasi wayarles dan telefon bimbit di kawasan bencana tidak berfungsi kecuali komunikasi radio amatur.
Paling ketara, kepentingan perhubungan komunikasi radio ini dapat dilihat ketika berlakunya kejadian tsunami di Acheh, Indonesia.
Biarpun berada jauh namun, frekuensi radio dari Acheh yang memohon bantuan telah diterima oleh pihak MARES di Kuala Lumpur.

MARES telah menjawab panggilan yang sepatutnya diterima oleh pasukan perhubungan Indonesia di Medan dan menghantar semula pesanan komunikasi tersebut ke Medan.
Keadaan muka bumi seperti gunung ganang, bukit bukau juga kadang kala boleh memesongkan frekuensi radio, justeru komunikasi dari Aceh tidak sampai ke Medan biarpun berada berdekatan.
Namun pancaran tersebut telah diterima oleh MARES di Kuala Lumpur dan telah menjadi orang tengah dan membantu dalam bentuk penyampaian maklumat.

MARES juga turut terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tsunami di Acheh dengan menyediakan peralatan komunikasi kepada penduduk yang terlibat.
Tidak semua frekuensi boleh digunakan biarpun memiliki peralatan dan kemampuan untuk melakukannya.
Setiap pihak berkuasa tempatan memiliki kod frekuensi tertentu di mana ia tidak boleh diceroboh dan digunakan oleh pengguna radio amatur biasa.

MARES sendiri memiliki kod frekuensi yang dikenali sebagai 'call-sign' untuk kegunaan ahlinya.
Menurut Abdul Aziz lagi, dalam keadaan aman, MARES tidak boleh menceroboh frekuensi pihak berkuasa atau mana-mana frekuensi lain contohnya seperti frekuensi 'airband'.
Tetapi MARES boleh mengunakan frekuensi tersebut dengan izin ketika kecemasan dan dalam keadaan yang terkawal.

Ia bagi mengelakkan gangguan komunikasi antara pihak berkuasa.
Penggunaan radio amatur di Malaysia adalah dilesenkan di bawah Akta Komunikasi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Seseorang peminat radio amatur yang ingin menceburkan diri dalam hobi tersebut perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lesen Kelas B yang dikenali sebagai Penguntukan Radas (Raddas Assignment) daripada SKMM.
Untuk mendapatkan lesen tersebut pengguna radio amatur perlu menduduki ujian Radio Amatur (RAE).
Ujian tersebut juga turut dikendalikan oleh SKMM dan maklumat berkenaan ujian ini boleh didapati di laman web SKMM iaitu www.mcmc.gov.my.

Sebagai permulaan, pengguna radio amatur boleh menjadi ahli bersekutu MARES atau Pendengar Gelombang Pendek (SWL) yang membolehkan pengguna radio tersebut mendengar perbualan di jaluran radio amatur.

Malah, pengguna baru radio amatur juga boleh berbual menggunakan call-sign operator lain dengan izin.
Sebenarnya penggunaan radio amatur amat meluas di seluruh dunia, malah pihak tentera mana-mana negara memberikan penumpuan khas terhadap kaedah komunikasi ini.
Ia bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan perhubungan malah untuk tujuan risikan serta pengumpulan maklumat.

Namun, di Malaysia, sehingga tahun lepas sahaja, hanya seramai 7,000 orang sahaja yang memiliki lesen radio amatur.
Ia jauh berbeza berbanding negara jiran, Thailand yang mencatatkan hampir 200,000 orang memiliki lesen radio amatur.

Malah, Indonesia pula mencatatkan 35,000 orang malah negara-negara yang sering mengalami kejadian bencana alam seperti Jepun juga mencatatkan ratusan ribu rakyatnya memiliki lesen serta kebolehan dalam berhubung menggunakan radio amatur.

Mungkin, keadaan Malaysia yang sentiasa aman serta jarang dilanda bencana alam besar seperti ribut taufan, tsunami, gempa bumi serta jauh dari lingkaran gunung berapi menyebabkan hobi ini kurang diminati.
Selain itu, kurangnya pendedahan secara meluas juga menjadikan hobi ini tidak begitu dikenali ramai.
Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai persatuan serta kaedah komunikasi radio amatur itu sendiri anda boleh melawati laman web MARES, www.mares.org.my.

Selasa, 7 Jun 2011

Kelas RAE 2010-4 Anjuran ARKB

Perbincangan untuk Kelas RAE 2010-4 anjuran ARKB dengan kerjasama Bulan Sabit Merah Cabang Kota Bharu

Malam ini merupakan kali ke 3 aku menghadirkan diri untuk kelas RAE 2010-4 di Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah di Kota Bharu...2 kali aku gagal menghadirkan diri kerana ada urusan yg xdpt dielakkan. Kesimpulan 2 kali kelas RAE nie, rupa2nya banyak perkara yg perlu diambil perhatian kalau nk lulus lah...

Malam nie akan diajar dgn topik yg baru..kemungkinan juga teknikal..yg lepas pun ada gak diselitkan dengan teknikal...aduhh pening tul lah kalau bab2 teknikal nie...

Walaubagaimana pun, minat & niat ku menceburkan diri dalam dunia HAM nie bukan utk mencari musuh..tp untuk meramaikan kawan..moga dengan niat suci ini akan dipermudahkan urusan ku..

Tengah khusyuk aku menaip belog nie....di luar kedengaran hujan turun dengan lebat...aduhhhh....hujan pulak....xleh nk ngeluh lah dh masanya nk hujan...redah aje lah..ada payung pakai payung...xada payung, pakai aje apa yg ada...tul x..?

akhir kalam, doakanlah daku moga lulus RAE 2010-4.. 
sory kawan2 diARKB, kawan ambik exam di Shah Alam...bukan xnk join tp apakan daya, XYL ada kursus di sana...kiranya 2+1 lah nie...

Sekian, wassalam & salam sejahtera..Salam 1Malaysia....

Hobi Radio Amatur Berkembang Pantas

Utusan Malaysia Online - Timur    Arkib 12/6/2008


Ahli Kelab Radio Kota Bharu berkomunikasi dengan rakan-rakan menggunakan set radio amatur.



KOTA BHARU 11 Jun - Biar pun jumlah pengguna radio amatur tidak ramai iaitu kira-kira 300 pengguna berlesen di negeri ini tetapi ia berkembang agak pantas dan menjadi hobi yang popular pada masa kini.
Malah sejak tahun lepas, beberapa persatuan radio amatur ditubuhkan hampir di setiap daerah di negeri ini seperti Kelab Radio Amatur Kota Bharu (ARKB).
Presiden ARKB, Sydina Abidin Abdullah berkata, kelab tersebut ditubuhkan pada penghujung tahun lepas dan kini sedang giat untuk mengumpulkan ahli-ahli yang berselerak di negeri ini.
Katanya, ramai yang tidak memahami kegunaan sebenar radio amatur dan kebanyakannya hanya beranggapan untuk berkomunikasi semata-mata.
"Secara umumnya, radio amatur merupakan perkhidmatan radio komunikasi bagi tujuan latihan diri, interkomunikasi dan penyiasatan teknikal yang dikendalikan oleh pemegang lesen radio amatur.
"Malah dengan pembelajaran yang berterusan radio amatur boleh juga digunakan bersama Internet untuk meluaskan lagi penggunaannya.
"Kini, radio amatur merupakan hobi yang semakin popular dengan dianggarkan pengendalinya melebihi enam juta orang di seluruh dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Sydina Abidin berkata, hobi radio amatur tidak memerlukan kos yang tinggi dan ianya amat berpatutan dengan faedah yang diperoleh penggunanya.
Katanya, kos untuk sebuah radio bersaiz telapak tangan yang baru mungkin sama harganya dengan sebuah televisyen bersaiz 14 inci iaitu di sekitar RM400.
"Bagi sebuah radio yang besar pula kosnya adalah sama dengan sebuah komputer, jadi ia tidak terlalu mahal, melalui hobi ini kita boleh menambah kenalan dari seluruh dunia.
"Tetapi hanya mereka yang telah diperakukan boleh mengendalikan sesuatu alat radio amatur, bagi mendapatkan sijil perakuan ini tidak terlalu susah syaratnya ialah warganegara Malaysia dan berusia lebih 14 tahun serta lulus ujian," katanya.
Menurutnya, untuk peringkat asas sesorang itu perlu lulus ujian kefahaman radio bagi mendapatkan sijil perakuan kelas B manakala peringkat pertengahan mereka harus ujian kod morse dan ujian-ujian teori serta radio bagi mendapatkan sijil perakuan kelas A.
Kata beliau, kedua-dua sijil tersebut dikeluarkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia selepas lulus ujian yang diadakan.
"Lebih menarik pengguna radio amatur mempunyai cara tersendiri untuk memperkenalkan diri di udara, kesemua mereka diberikan satu nama panggilan atau callsign yang terdiri daripada abjad dan nombor yang mewakili kawasan pemanggil.
"Sebagai contoh, 'callsign' untuk saya ialah 9W2SYD atau sebutannya nine whiskey two sierra yankee delta," katanya.
Beliau berharap lebih ramai penduduk di negeri akan menjadikan radio amatur sebagai hobi untuk mengisi masa lapang.
Katanya, pengunaan komunikasi radio amat penting ketika berlaku bencana seperti banjir besar atau gempa bumi.
"Ketika banjir besar pada penghujung tahun lepas, ARKB telah dijemput oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk bersama-sama membantu menyelaraskan bantuan.
"Kami ditempatkan di bilik gerakan kecemasan kerajaan negeri ketika itu kerana sistem komunikasi terutama telefon bimbit di kawasan Rantau Panjang terputus sama sekali akibat banjir besar," katanya.
Tambahnya, ia jelas menunjukkan hobi tersebut akan menjadi penting pada masa kecemasan kerana ia boleh digunakan di mana sahaja tanpa mengira faktor muka bumi atau masa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...