Memaparkan catatan dengan label MTB UMK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MTB UMK. Papar semua catatan

Isnin, 11 Julai 2011

Fenomena Memberbahayakan Diri..!!!

Tergerak aku nak mencoretkan sesuatu tentang fenomena yang melanda negara iaitu "FIXIE BIKE".. Sejak hebohnya di media masa mengenai, kegilaan segelindir masyarakat kita mengayuh basikal. Sejak itu juga, "FIXIE BIKE" mula dikenali dan diminati.

Tidak dinafikan, hobi ini merupakan suatu hobi yang baik pada penggemarnya. Tetapi, apa yang mendukacitakan aku ialah, kebanyakan mereka yang menceburi hobi ini langsung tidak mengamalkan aspek keselamatan. Penunggangnya langsung tidak memakai topi keledar, membawa basikal mereka hingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain, bila waktu malam langsung tidak ada bantuan cahaya.

gambar hiasan....

Walau betapa kita ini terlalu menggilai sesuatu hobi, aspek keselamatan tidak wajar diabaikan. Adalah lebih baik, sebelum menunggang, aspek keselamatan perlu diutamakan, mengayuh biarlah secara yang berhemah & tidak mengganggu pengguna jalan raya yang lain. 

Ada juga rakan2 aku yang bercerita, ada sekali mereka ini ditegur..mereka ini menunjukkan lagak samseng & tidak langsung menerima teguran pengguna lain dengan secara waras. Teguran yang diberikan bukan untuk sesiapa pun..melainkan untuk diri mereka juga..kalau berlaku kemalangan, bukan orang lain pun yang akan merasa susah, tentu diri sendiri & keluarga.

Apa2 pun, nasihat aku kepada mereka yang sedang menggilai hobi "FIXIE BIKE"...Sediakan diri dengan aspek keselamatan sebelum memulakan kayuhan..Menunggang biarlah secara berhemah...Utamakan keselamatan itu adalah lebih baik.Dan lagi, pakai lah pakaian yang sesuai untuk mengayuh...terutamanya, penunggang wanita lah...kalau nak mengayuh tapi terdedah sana terdedah sini..apa lah gunanya...

Sama2lah kita renungi, muhasabah diri & memperbaiki diri untuk menjadi yang lebih baik.

Sekian, wassalam......

Selasa, 7 Jun 2011

Kayuhan di hari Jumaat...8 April 2011


Assalammualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia...

Sebenarnya kali ini aku nak paparkan kepada pembaca..aktiviti baru aku, iaitu mengayuh basikal...
Aktiviti bersama rakan - rakan tempat kerja aku...Biasanya ativiti bersama mereka ini berlaku pada hari Jumaat sahaja...Kalau hari - hari lain...mengayuh sendirian sahaja...

Aktiviti mengayuh pada 8 April 2011 yang lalu...kayuhan ini bermula di UMK kemudian melalui Taman Uda, laluan ke Pantai Cahaya Bulan (PCB) dan terus ke UMK melalui Airport Pengkalan Chepa dan berakhir di UMK..Ianya disertai seramai 9 orang...Berapa kilometer jangan tanya...aku lupe berapa kilometer kayuhan waktu itu...hahahaha


masa untuk berlepas...ambik gambar dulu...hahahaha
aksi lanun2 mengganas.......

Cabaran seterusnya..15 April 2011..Bukit Marak..

Assalammualaikum,Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia..

Pada 15 April 2011 yang lalu, rakan - rakan MTB ku telah melakukan kayuhan di Bukit Marak, Bachok..Sayang seribu kali sayang kerana aku tidak dapat sertai mereka..

Hampir seminggu aku tidak mengayuh basikal...tersadai di rumah..
Bukan angan - angan taik ayam, tapi aku minggu nie keloratan (kesibukan)..
Almaklumlah..kereta aku duk bengkel...menjadi teman setia melihat kerja - kerja
baik pulih kereta aku dilakukan sebaik mungkin..

Apa - apa pun...aku hidangkan kat korang, koleksi gambar yang diambil sewaktu rakan - rakan aku
menyahut cabaran mengayuh di Bukit Marak....





















Sorry lah...mungkin gambar yang aku paparkan ini tidak mengikut susunannya...almaklumlah aku sendiri pun tak pergi..tau tau mcmane suasana & kemeriahannya...

Apa - apa pun...tahniah & syabas pada mereka yang berjaya melakukan aktiviti ini...

Cheriooo....73..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...