Memaparkan catatan dengan label Nukilan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Nukilan. Papar semua catatan

Selasa, 16 Jun 2015

Selamat Menyambut Bulan Ramadan!

Assalammualaikum dan Salam Nur Kasih Sayang

Pejam celik pejam celik.... 
Tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menjalani ibadah puasa.
Dalam kesempatan yang ada ini, saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ibadah Puasa di Bulan Ramadan.


Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa ini dengan penuh taqwa dan keinsafan.

Salam sayang dari saya seisi keluarga.

~Redza Zakaria~

Lama Sudah Menyepikan Diri!

Assalammualaikum dan Salam Nur Kasih Sayang

Apa khabar? Lama sungguh saya tidak menulis di blog ini.
Terlalu banyak yang ingin diceritakan di blog ini. Kerna selama saya tidak menulis, banyak yang telah berlaku dalam suasana kehidupan saya ini.

Dan, Insya Allah akan saya ceritakan satu persatu nanti.
Diharap, rakan - rakan pembaca setia menanti dan sudi membacanya.



~Redza Zakaria~

Selasa, 20 Januari 2015

Tahukah Anda? Kos Rawatan Semakin Meningkat!!!

Hargai Kesihatan Anda Sebelum terlambat. Kini Kos Rawatan terlalu tinggi......

Seorang penyakit kanser memerlukan kos rawatan yang amat tinggi untuk mendapatkan rawatan yang sesuai bagi mengubati penyakit kanser (bergantung kpd tahap penyakit kanser yg dihadapi)




Satu pusingan rawatan kimoterapi yg menggunakan dos yang paling rendah dihospital kerajaan mampu menjangkau RM3,000 dan lebih RM10,000 dihospital swasta, penyakit kanser memerlukan sekurang- kurangnya 5 pusingan. Bayangkanlah jumlah yg perlu dibayar oleh pesakit, semua ini bergantung pd tahap kanser.


Tahukan anda....Daun durian belanda, belalai gajah dan blueberry 3 bahan nutrisi yang terkandung dalam produk 7colour miracle yang blh membunuh kanser.

Redza Zakaria
‪#‎Hotline0175676981‬ ‪#‎7ColourMiracle‬ 
www.redzazakaria.blogspot.com

Isnin, 19 Januari 2015

Lulus RAE Radio Amatur


Assalammualaikum dan Salam Aura Kasih Sayang

Mungkin tidak terlewat untuk saya mengucapkan sekalung TAHNIAH kepada rakan - rakan saya yang lulus dalam RAE yang lalu. Bagi mereka yang gagal, teruskan lagi usaha anda untuk mendapatkan sayap untuk terbang dengan lebih tinggi.

Musibah banjir 2014, kemudahan radio amatur ini telah digunakan sehabis mungkin tatkala alat komunikasi lain terputus. Ini bukan hanya sekadar hobi tetapi ianya amat berguna tatkala negara dilanda musibah.

Tahniah..!!!
Tahniah..!!
Tahniah..!!


Redza Zakaria
0175676981
9W2RSG

Stress



Assalammualaikum dan Salam Aura Kasih Sayang.

Saya mendoakan agar sidang pembaca berada dalam keadaan kesihatan yang baik. Kaya dan Berjaya dunia dan akhirat.

Inilah kata - kata yang sering saya ucapkan kepada rakan - rakan saya samada bersemuka secara berdepan mahupun di alam maya. Saya masih engat akan pesanan Dr Azizan Osman dalam program berbayar beliau, untuk kita berjaya. Kita hendaklah sentiasa mendoakan orang lain juga untuk berjaya. Jika kita kedekut untuk mendoakan orang lain. Jangan mimpi untuk kita merasai kaya dan bahagia.

Hakikatnya, sejak saya mengenali Dr Azizan Osman, mengikuti program percuma dan berbayar beliau. Saya belajar untuk menjadi manusia yang tidak "STRESS". Dan hasil daripada pemerhatian saya juga, ramai dari kita secara majoritinya berada dalam keadaan STRESS. Stress dalam serba serbi dalam kehidupan. Stress dengan kerja, stress dengan keluarga, stress dengan anak - anak, stress dengan hal kewangan, stress dengan ekonomi yang kian hari kos sara hidup kian meningkat. Segalanya STRESS.

Sedar atau tidak, STRESS yang kita rasai setiap hari itulah sebenarnya, mengganggu kepada emosi kita, sikap kita, minda kita dan yang paling tragis mengganggu kepada tubuh badan kita ini. Itu yang menyebabkan kenapa, kita sering sakit, sebab kita sentiasa bergelumang dengan stress. Kita gagal mengurus stress dengan baik.


Saya amat rasa bersyukur kerna, sejak saya mendalami ilmu #TerapiAuraReiki. Saya lebih bijak dalam mengatasi dan mengurus stress. Sebagai khalifah kecil Allah di muka bumi ini, selagi kita berserah kepada Allah, insya allah. Perjalanan hidup kita akan lebih baik.

Setiap hari, 5 prinsip Reiki yang saya lafazkan sebagai azam saya untuk melakukan kebaikan hanya kerna Allah SWT.

Dan saya rasa anda juga perlu amalkan ini sebagai azam anda setiap hari. Ini sebenarnya akan membuatkan kita lebih mendekatkan diri dan sentiasa berserah kepada Allah. Hidup dan mati hanya kerna Allah. Apa lagi yang kita nak sebenarnya dalam hidup ini jika bukan mendapatkan keredhaan Allah? Inilah masanya.

Cer buat dulu......Insya Allah...anda mampu atasi stress anda dengan tenang dan damai.


Redza Zakaria
0175676981


Adakah Suatu Kebetulan?

Assalammualaikum dan Salam Aura Kedamaian.

Alhamdulillah, kita mampu bernafas lagi hari ini. Ini adalah nikmat yang sangat bermakna.
Menghirup udara pagi hari dengan penuh kenikmatan.

Sebelum saya keluar rumah untuk ke pejabat,
Pastinya, segelas air #7ColourMiracle memang tidak dapat dilepaskan lagi.
Seminggu lebih saya amalkan produk ini. Secara jujurnya, saya amat berpuashati dengan perkembangan yang sangat menarik sekali. Ketenangan dan kedamaian.


Ramai orang pelik kan....
Bila saya katakan bahawa minum #7ColourMiracle ini mampu memberikan ketangangan dan kedamaian.
Memang benar pun, tidak ada gunanya untuk saya berbohong.
#7ColourMiracle ini adalah hasil daripada sayur-sayuran dan buah-buahan pilihan yang mempunyai pelbagai warna dan keistimewaannya. Apabila kita minum, selain membantu untuk sistem tubuh badan kita, ianya juga mampu membaiki dan menjana tenaga. Ramai yang tidak tahu bahawa dalam tubuh manusia ada 7 warna. Dan 7 warna itu memainkan peranannya masing - masing.


Jika salah satu warna ini tidak seimbang dan bermasalah, maka tubuh badan kita juga akan bermasalah. Itu yang kita tengok ramai yang menghidapi penyakit. Ini semua anda kena belajar dengan lebih lanjut tentang #AuraReiki.  Dan saya memang tidak berhasrat untuk mengulasnya hari ini.

Berbalik kepada cirita asal saya sebelum ini. Apa sebenarnya yang berlaku pada saya selepas saya amalkan #7ColourMiracle? Dan ianya saya kongsikan bersama Master Hamdan Zamri melalui "whatsapp" lewat malam tadi.


Kalaulah anda berada di tempat saya, apa yang akan anda rasa?
Gembira, teruja, terkejut, kecewa?
Saya tidak pasti adakah ini suatu kebetulan atau sebaliknya.
Yang pasti bagi saya, kejadian ini berlaku dalam saya mengamalkan #7ColourMiracle. Sungguh menakjubkan.

Mungkin anda juga boleh amalkan minum #7ColourMiracle ini.
Selain ianya berupaya mengatasi masalah kesihatan anda, malah ianya memberikan sesuatu yang sangat menakjubkan untuk diri dan keluarga anda.

Anda boleh hubungi saya untuk mendapatkan #PekPercubaan @ #PekSebenar #7ColourMiracle.


Redza Zakaria
0175676981


Ahad, 18 Januari 2015

Kisah Aku pakai Perfume

KISAH BENAR

Ikhlas !!! apa yang saya nak kongsikan ini adalah datang dari hati yang ikhlas. Mungkin ada yang tidak percaya. Itu terpulang...

Hakikatnya, saya adalah seorang yang ringkas (simple lah tu)
Saya juga pernah nak menjadi seperti orang lain.

Contoh.... pakai minyak wangi...
Macam2 brand yang saya beli...akhirnya!
Almari mekap adalah tempat petapaan yang paling sesuai.
Pendekkan cerita, saya pakai minyak wangi tak pernah nak lekat.
Tak tahu kenapa... Sebelum beli, suka bau dia...
Bila dah beli..baunya boleh jadi memeningkan kepala.

Tetapi, semua itu berubah serta merta.
Berubah bila saya beralih dan memberanikan diri menggunakan AURA ATTRACTION PERFUME

Lepas mandi nak gi kerja, pakai...!!!
Lepas mandi belah malam, tak ada nak gi mana pun..duk umah aje pun...pakai juga...!!!

langsung tidak memeningkan kepala.. Malah baunya tahan sampai ke petang. Kekadang tu sayang nak tukar baju, Bau dia melekat...

Itulah bezanya dulu dan sekarang.

Mungkin anda juga wajib mencubanya. Bukan mahal pun, hanya RM 65 ( SM ) RM 69 SABAH / SARAWAK.


Jika anda berminat, call saya Redza Zakaria #Hotline0175676981

Jumaat, 16 Januari 2015

Rawatan Kimoterapi?

Hari ini saya suka nak mengajak sidang pembaca untuk mengenali secara ringkas berkaitan dengan Rawatan Kimoterapi. Mungkin kita biasa dengar, tapi mungkin kita tidak tahu apa itu Kimoterapi.

Namun, soalan yang biasa saya ajukan...



Kenapa mereka yang disahkan menghidap penyakit Kanser, bila sampai satu tahap mereka disarankan oleh pihak doktor untuk menjalankan proses KIMOTERAPI?


Jawapan saya mudah, jawapan orang yang tak berilmu perubatan seperti doktor. Namun ianya ada asasnya.

Apakah DIA?

Asasnya kita tahu, bahawa penyakit KANSER ini menyerang sistem tubuh badan kita melalui sistem sel manusia. Kimoterapi merupakan proses membunuh SEL KANSER pesakit dari terus merebak ke sistem tubuh yang lain. Namun apa yang mendukacitakan, proses ini tidak mengenal sel baik atau sel jahat. Semua sel yang ada dalam tubuh badan manusia akan TERBUNUH. Ini yang menyebabkan mereka yang melalui proses ini akan lemah selemah-lemahnya.

Namun, hari ini kita bertuah. Kerna, dengan adanya pemakanan yang menjurus kepada PEMAKANAN SEL akan dapat membantu mereka ke arah penyembuhan. Nak sembuh kenalah sasarkan kepada apa yang menjadi permasalahannya... Takkanlah sakit kepala, makan ubat sakit perut. Betul tak?



Lantaran itu, saranan saya untuk anda mencuba MAKANAN SEL 7 COLOUR ini. Malah ianya juga membantu anda menambah energy kepada 7 cakra aura anda. Tidak salah untuk anda mencuba, kerna janji allah itu adalah pasti. "Tidak akan berubah nasib seseorang itu, melainkan dia mengubah nasib dirinya sendiri"

Hubungi saya, Redza Zakaria 0175676981


Khamis, 15 Januari 2015

Kesyukuran....


Assalammualaikum dan salam aura kedamaian.

Pastinya dipagi hari ini, kita panjatkan rasa syukur kehadrat illahi kerna kita masih lagi diberikan peluang utk bernafas.
Pagi yang sangat mendamaikan jiwa dan minda.
Tarik nafas panjang panjang,
Bersyukurnya yang tidak terhingga.

Pinjaman yang diberikan hari ini,
diniatkan setiap pekerjaan kita ini hanya kerna Allah SWT. Hidup dan mati ku juga kerna Allah SWT.

DOA saya kepada kita semua, kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

‪#‎TerapiAuraReiki‬ ‪#‎LegacyAuraPower‬ ‪#‎MyAuraCrystal‬ ‪#‎7colour‬‪ #‎Hotline0175676981‬

Doktor Penyembuh Penyakit?

Percaya Atau Tidak?

Ramai orang yang sakit, bergantung harap dengan DOKTOR untuk menyembuhkan penyakitnya... Benar, Doktor lebih arif dengan sesuatu penyakit. Memang itu tidak dinafikan, tetapi jika kita hanya tahu berserah kepada doktor bulat - bulat untuk menyembuhkan penyakitnya. Bukankah itu menyalahi? Allah yang memberikan penyakit dan allah juga yang menyembuhkan penyakit.


Berapa ramai dari kita yang mensyukuri setiap kesakitan yang Allah berikan?
Berapa ramai dari kita yang sentiasa berdoa moga allah memberikan kesembuhan kepadanya?


Bukankah setiap penyakit ada penawarnya,
Melainkan "Kematian" yang tidak ada penawarnya.
Janji - janji allah adalah pasti.


Bulatkanlah hati kita dengan ujian kesakitan itu,
kita lebih mendekati allah, banyak bermohon kepadanya.


Redza Zakaria
9W2RSG

Selasa, 13 Januari 2015

Persekolahan 2015

Alhamdulillah....

Kerna, tahun ini Allah berikan kesempatan lagi untuk saya melihat anak - anak memasuki musim persekolahan pada tahun 2015 ini. 

Kerna, dapat memenuhi kelengkapan sekolah anak - anak.

Kerna, Kakak dan Kak Ngah naik kelas setapak lagi. Kakak dah darjah 5, Kak Ngah pulak darjah 3.

Tahun ini, Kak Ngah berbeza warna baju sekolah daripada orang lain. Alhamdulillah, kerna dia dilantik menjadi Pengawas Sekolah. Setidak - tidaknya, ini menjadi pembakar semangat anak - anak untuk rajin belajar.


Tahun ini, Kak Lang walaupun baru berusia 4 tahun (belum cukup umur lagi). Kami, suami isteri nekad untuk sekolahkan Kak Lang. Maka, sekolah pilihan kami kali ini adalah PASTI di Ayer Lanas.

Alhamdulillah, hampir seminggu hari persekolahan. Kak Lang rajin dan mudah nak bangun pagi. Kalau tidak...aduhai...!!! puas berbalah dulu dengan dia.

Diharap, tahun ini dan tahun - tahun seterusnya akan memberikan sinar dan lembaran baharu buat anak - anak. Cemerlang dalam pendidikan. Cemerlang dalam kehidupan. Cemerlang dunia dan akhirat.

Doa ayah tidak pernah putus buat anak - anaknya.

Semoga Allah memberkati anak - anak papa hendaknya.

Selamat Tahun Baharu, 2015

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

Rasanya, belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu, 2015 kepada sidang pembaca semua. 2014 telah pun meninggalkan kita dengan sejuta kenangan pahit dan manis, yang pasti ada kenangan yang tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.


Dalam saat kita nak memasuki tahun baharu,2015. Seluruh negara terutamanya warga Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak diuji dengan musibah banjir besar. Dimana peristiwa itu, sukar dilupakan oleh sesiapa pun. Kesan daripada tragedi banjir besar itu, hampir 90% kawasan di negeri Kelantan dinaiki air.

Pada saya, ini adalah pengalaman pertama dalam menghadapi saat getir banjir.
Debaran semakin kuat dirasai.
Apabila air naik dengan sangat pantas,
Bekalan elektrik terpaksa diputuskan.
Bekalan air juga turut terjejas.
Dan selang beberapa hari,
hubungan telekomunikasi juga turut terjejas.

Apa yang diharapkan hanyalah perhubungan radio dua hala atau lebih dikenali sebagai Radio Amatur.
Dengan kemudahan ini, dapatlah saya mengikuti perkembangan demi perkembangan berkaitan banjir sekitar Negeri Kelantan.

Apa pun yang menjadi kenangan pada tahun yang lalu, 
diharap ianya akan menjadi pembakar semangat untuk kita semua.
Mungkin ada apa yang disasarkan pada tahun lalu tidak tercapai,
Diharap ianya akan dapat dilaksanakan pada tahun 2015.

Akhir kalam, saya ucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU 2015 kepada semua



Isnin, 23 Disember 2013

Lama......

Bismillah.

Lama.......
Ungkapan pertama, yang mampu saya ucapkan dalam blog ini.
Iya..........
Memang agak terlalu lama, saya tidak mengunjungi blog ini.
Memang sudah terlalu lama, saya tidak mencoretkan apa-apa didalam blog ini.

Adakah masih ada yang sudi lagi membaca setiap nukilan saya dalam blog ini?
Biarkanlah...ada atau tidak yang membaca itu tidak penting sekarang ini.
Yang penting bagaimana untuk saya terus mengaktifkan blog ini terus mampu memberikan manafaat kepada pembaca setia blog saya.

Insya Allah, jika terus diberikan peluang.
Saya akan mula aktif dengan menulis di awal 2014 nanti.

Oh ya.........
Rupa-rupanya, 2013 akan meninggalkan kita. 2013 akan melabuhkan tirainya.
2014 akan tiba. Insya Allah, 2014 akan memberikan banyak rezeki kepada kita semua. Yang penting adalah usaha dan doa.

Akhir kalam, saya mendoakan anda semua kaya dan berjaya dunia dan akhirat.


Khamis, 1 Ogos 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Ramadhan sudah nak sampai ke penghujung.
Syawal sudah semakin menghampiri.
Rasa sebak terbuku di dada,
Kerana pastinya, 
Ramadhan akan meninggalkan kita semua.
Apakah mungkin, kita akan bersua lagi di ramadhan yang akan datang?

Dalam kesempatan ini, 
Saya dan keluarga,
ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf, 
mohon halalkan makan minum,
keterlanjuran kata dan perlakuan kami selama ini.

Hakikatnya, saya dan keluarga sedia memaafkan anda semua serta
menghalalkan makan minum dan segala - galanya.

Semoga anda akan sentiasa bergembira di hari lembaran yang akan kunjung tiba,
Dan yang lebih bermakna sekali, sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Sekali lagi saya dan keluarga ingin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR DAN BATIN






Ikhlas daripada ;

Mohd Noor Redza bin Zakaria
Farah Asiqin binti Ali
Nursyazwani binti Mohd Noor Redza
Nur Fatin Najwa binti Mohd Noor Redza
Nur Atikah Insyirah binti Mohd Noor Redza

Rabu, 18 Julai 2012

Ramadhan Tiba Lagi...2012

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Esok, Melihat Anak Bulan Ramadhan.... Insya Allah, jika diizinkan.. Seluruh umat islam akan menunaikan Ibadah Puasa tahun ini pada hari Sabtu ini...

Saya, Redza Zakaria (9W2RSG), Isteri, Farah Asiqin Ali dan Anak - anak ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa. Semoga ibadah kita akan diterima oleh Allah SWT. Semoga Ramadhan tahun ini akan lebih bermakna dan kita akan dapat berpeluang untuk menikmatinya di tahun - tahun hadapan. Diharapkan Ramadhan tahun ini akan merapatkan hubungan silaturrahim di antara kita.
 Sekian, terima kasih.


Daripada :

Mohd Noor Redza b. Zakaria (9W2RSG)
Farah Asiqin bt. Ali
Nursyazwani bt. Mohd Noor Redza
Nur Fatin Najwa bt. Mohd Noor Redza
Nur Atikah Insyirah bt. Mohd Noor Redza

Ahad, 1 Julai 2012

Nur Atikah Insyirah...

Assalammualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia...

Terima kasih kepada pengunjung blog aku...Lama sungguh aku tidak berceloteh dalam blog ini... Mungkin juga aku kesibukan atau bagaimana pun, rasanya sukar untuk aku lafazkan dengan kata - kata... Namun, hanya Allah SWT sahaja yang lebih mengetahuinya..

Disebabkan lama, aku tidak berceloteh..Apa yang aku nak ceritakan ialah berkaitan dengan aku gelarkan sebagai "Insan Baru" dalam hidup aku.. DIA yang dilahirkan pada 31 Oktober 2011 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. DIA yang aku namakan NUR ATIKAH INSYIRAH.. Nama anak pun dah sama panjang dengan nama papa dia..


Dia yang aku panggil ADIK @ INSYIRAH, menjadi penyeri dalam hidup aku dan isteri, Farah Asiqin... Aku dan isteri cukup bersyukur kerana dikurniakan anak yang sihat dan cukup sifatnya, tanpa ada cacat celanya..."Terima Kasih Ya Allah..."


Alhamdulillah, sejak dilahirkan Insyirah tidak banyak ragam.. Cubanya, dia suka jaga malam..tapi tu pun untuk beberapa minggu aje... Sukalah dia, bila orang dukung dia...tambah - tambah lagi, Opah dan Tok Wan dia memang suka dukung dia...


Comel tak..??? mestilah comel...macam sapa..? Dah tentu macam PAPA dia...hehehe...perasan lah aku nie...


Yang pasti...bila dia senyum, saling tidak tumpang sebiji macam aku...hehehe..



haaaa...apa macam..?? sama tak..??? warna jangan cakap lah..dah tentulah lain pun..sebab aku nie suka berjemur tepi pantai, tu yang gelap sikit...hehehe..
Nampak debab lah anak papa nie....isshhh!!! debab..debab...jangan sebut kuat - kuat...nanti ada orang marah..hahahaha


Satu lagi perangai Insyirah, suka tarik baju, seluar dia...eemmmm....


Pemerhatian aku...anak aku yang sorang nie, saling tak tumpah dengan kakak - kakaknya..."MANJA"...Apa yang boleh aku katakan, boleh tahan jugalah manja dia...hehehehe..(ikut sapa tak tahu lah...)


Akhir sekali, bila sudah puas Insyirah mengganas, bermain dan bermanja dengan kakak - kakaknya, mama dan papanya...

Bila keletihan, tak leh nak tunggu lama dah..dan lihatlah, ini jadinya ke atas insan yang bernama...........NUR ATIKAH INSYIRAH...
anak kesayangan papa...

I LOVE U, Sayanggg...!!!



de 9W2RSG

Selasa, 19 Julai 2011

Diari : 18 Julai 2011

Tanggal 18 Julai 2011, tidak ada satu pun perkara yang menarik untuk aku coretkan.

Seperti biasa juga, seawal pagi tugasan aku adalah menghantar kedua - dua puteri aku ke sekolah dan ke taska. Tapi dalam minggu ini, pergerakan aku agak perlahan. Bergerak untuk menghantar anak - anak sekitar jam 0725 pagi. Penyakit lama telah datang, tiap kali aku dah selesai bersiap mula time itu, perut aku memulas..

Bila selesai aku menghantar anak2 ke sekolah dan taska, bergegaslah aku balik ke rumah untuk mengambil "Isteri Tersayang" untuk ke pejabat pulak. Mujurlah sekolah dan taska anak aku tak jauh. Biasalah dah menjadi rutin, sebelum gi kerja tu, kena sidai baju dulu. 

Eeeemmm.....Bila aku masuk opis, mula lah kepala otak berputar macam gasing memikirkan apa yang harus aku lakukan hari ini.. Aku sentiasa mengharapkan aku mampu melakukan kerja2 aku dengan sebaik mungkin.. Biasalah, masuk ditempat yang dari peringkat awal urustadbirnya bermasalah, nak aku selesaikan tanpa ada komitmen tinggi dari pelbagai pihak, mustahil untuk aku lakukan. Apa2 pun, permasalah itu telah aku kenal pasti, hanya tinggal untuk aku cari kaedah yang terbaik menyelesaikannya.. 

gambar hiasan...

Kebiasaannya pada hari Isnin, anak aku "Kakak" akan balik sekolah pukul 12.45 tengahari. Entah macamane, aku boleh terlewat ambil dia. Pukul 1.10 petang baru aku ambil dan terus hantar dia ke taska Amanat Islamic berhampiran di kawasan perumahan aku.

Macam biasa, bila masuk waktu balik pukul 5.00 petang, sudah pasti sekitar 5.05 petang aku dah punch out sebagai tanda aku nak balik...buat apa aku nak bertapa lama2 di pejabat..? Bila selesai ambik anak2 di taska.. terus balik rumah... tapi tak lama tu aku keluar balik kerana dah janji dengan member.. lepak minum teh di warung tepi jalan berhampiran Shell Kg Baung, Pengkalan Chepa. Itulah port baru aku sekarang...

Kiranya, banyak juga topik yang diperbualkan...Antaranya seperti, kisah Sukan Staf, Radio Amatur, Barang Halfcut dan yang paling penting...pasal "Kak Long"...Sapa "Kak Long"? sebenarnya ada salah sorang member aku namanya Shahrul, tapi aku panggil "Yun"..dia nie belum kawin..umur dia sekitar 32 tahun..baru2 nie dia bagitau aku, dia berkenan dihati akan seseorang tu...orangnya duk tumpat..tu yg menjadi bahan usikkan aku tu.."kak Long"...Apa2 pun, sebagai kawan..aku doakan agar kawan aku yg sorang nie..dipercepatkan jodohnya..jika benar gadis itu dijadikan untuk dia dan dia dijadikan untuk gadis itu, moga jodoh mereka ini dipermudahkan...

Sebelum masuk tido..orang umah aku sibuk membungkus serunding untuk dihantar ke Abg Ipar aku di Alor Star..nak test market di sana, tengok leh jual ke tak..Aku pun bantu lah juga membungkus..dalam sibuk membungkus tu, dalam hati nie berkata2..moga sapa yg rasa serunding ini..akan rasa sedap sampai menjilat jari...hahahaha.......

Apa2 pun itulah kisah perjalanan hidup aku semalam....

Isnin, 18 Julai 2011

Catatan Harian Ku..!

Pagi ini, aku tetiba terfikir untuk mencoretkan aktiviti harian aku dalam blog aku ini..Tak tahu lah ianya sesuai atau pun tidak..tetapi mungkin ianya akan berguna suatu hari nanti.. 


Kalau aku nak kata, perjalanan hidup atau aktiviti harian aku itu menarik, tidak juga..tetapi biarlah ianya nanti menjadi suatu ingatan dan rujukan kepada aku sendiri..Mungkin yang baik itu boleh jadikan tauladan dan yang buruk itu dijadikan sempadan..Kerana aku juga seperti anda semua, hanya lah manusia biasa yang sering kali melakukan kesilapan dan kesalahan.

Catatan ini juga mungkin dalam pelbagai situasi dan emosi..ada suka,duka, susah, senang..pendek kata, apa juga yang berlaku..akan aku jadikan blog aku ini sebagai catatan harian aku..Mungkin, ianya akan menjadikan blog aku ini akan lebih ceria dengan kisah - kisah aku yang biasa ini...Ianya cukup sepadan kerana aku juga adalah manusia biasa..

Sekian,wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...